Malaysian Anglers Network
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Warna apa yang patut saya gunakan?

3 posters

Go down

Warna apa yang patut saya gunakan? Empty Warna apa yang patut saya gunakan?

Post  terubuk Sun Apr 17, 2011 9:38 am

Disini saya kongsikan sedikit dari artikel tulisan di whaticaught.com, flybridge.com

[You must be registered and logged in to see this image.]

Entah ada berapa ribu jenis gewang dan warna-warna yang ada
dipasaran dunia? Entah...

GEWANG, WARNA dan SAINS

Tindakan dari kesan warna adalah berbeza mengikut sebagaimana kadar penembusan cahaya kedalam air.
Ini membuatkan pemilihan gewang dan warnanya menjadi teka-teki dan penuh soalan sains.
Dikatakan majoriti ikan dapat melihat warna dengan baik memandangkan komposisi mata ikan terdiri dari
bebatang dan kon. Penglihatan pada waktu siang dilakukan menggunakan sel-sel kon. Sel-sel ini menjana
kepada info tentang warna yang dilihat. Manakala bebatang dalam mata ikan pula bertindak sebagai ejen
penglihatan pada waktu malam. Bebatang ini lebih mengfokuskan akan kekuatan atau terang cahaya-cahaya
yang ada. Didalam gelap, tidak ada kekuatan untuk mengenal warna.

Mengenal jenis dan sifat ikan adalah amat penting, adakah mereka ini yang keluar mencari makan pada waktu
siang atau hanya pada waktu malam. Langkah pertama memilih warna adalah jelas. Pada waktu malam kita
memerlukan satu kaedah untuk menarik perhatian pemangsa malam lebih kerap. Dan pada sebelah siang kita
memerlukan pemilihan umpan/gewang yang lebih menarik perhatian dari segi warna, rupabentuk, bergetar dan
sifat pemantulan cahaya yang hebat. Untuk contoh > ikan seperti Bass adalah ikan siang manakala ikan Walleye
adalah ikan malam. Kadar penglihatan ikan Trout seperti Rainbow Trout dan Brown Trout juga hebat. Ikan-ikan
ini mampu membezakan dan melihat sinar spektrum warna dan mempunyai kebolehan melihat objek berwarna
dan menentukan samada objek itu dekat atau jauh. Ikan-ikan ini mampu membezakan jarak objek dalam jangka
waktu yang amat singkat melalui mengenal warna.

O OOOOOO

Cahaya bertindak berbeza tatkala beroperasi didalam air. Jarak gelombang warna yang panjang terdiri dari warna Merah, Oren,Kuning, Hijau, Biru, Biru Tua (indigo), dan Ungu. Kesemua akan diserap sebaik sahaja mencecah air. Warna-warna ini akan menjadi pudar dan menjadi hitam sebaik sahaja sentuhan pertama di air. Cahaya warna merah akan diserap secara total apabila berada pada kedalaman 15-20kaki yang pertama. Oren pada kedalaman 30-40kaki dan Kuning pada kedalaman 60-70 kaki. Hijau dan Biru dikatakan akan bergerak jauh kedalam lagi selagi cahaya dapat menembusi dasar air. Kadar cahaya akan berkurangan semasa bergerak menuju dasar. Mudah, kadar terang cahaya akan semakin malap.

Pada kedalaman 40kaki, warna kuning masih lagi kuning akan tetapi kekuatan warna ini tidaklah seterang sewaktu berada diluar air.Kejernihan air dan aktiviti di air juga perlu diambil kira. Menggunakan warna merah pada tundaan gewang di selat yang dalam tidaklah sama dengan penggunaan gewang yang sama di air sungai jernih yang bergerak laju. Penggunaan gewang pada kadar kedalaman 10-12 kaki di selat yang dalam menunjukkan warna merah masih ujud. Manakala apabila digunakan di sungai jernih berarus laju, warna merah ini hanya bertahan beberapa saat sahaja. Warna putih dan perak (silver) adalah warna-warna yang bertindak efisien untuk menggewang di air yang dalam. Juga pilihlah gewang yang memantulkan cahaya yang baik. Ini kerana warna-warna ini akan menjadi halimunan dalam masa sekejap sahaja seandai perairan itu mempunyai latarbelakang dan sifat warna hijau atau biru.

Carta pemilihan warna mengikut kadar kekuatan cahaya matahari yang digunapakai di Jepun, Puerto
Rico dan US untuk menentukan pemilihan tepat bagi pemancingan ikan Billfish seperti Layaran dan
Mersuji.

CUADA MENDUNG ATAU LANGIT YANG TERANG?

Pada hari yang mendung, cahaya tidaklah begitu kuat dan terang. Tindakbalas warna tidaklah begitu baik pada cuaca sebegini.Ini adalah perkara yang perlu diambil perhatian tatkala memancing pada waktu dan cuaca sebegini. Semakin gelap langit, semakin kurang cahaya yang ada. Kita perlu tahu bagaimana memanipulasi pengetahuan dan penggunaan warna dalam cuaca seperti langit gelap penuh awan hitam (mendung), langit terang penuh awan (50/50), langit terang tanpa awan (cahaya matahari yang banyak).

PANCINGAN SIANG ATAU MALAM?

Seperti di perenggan pertama tentang bebatang dan kon mata ikan disini kita melihat pertukaran
fungsi kon dan bebatang pada mata ikan. Pada waktu senja dan menghampiri malam, kon tidak lagi begitu
aktif dan bebatang mata ikan akan memainkan peranan. Warna-warna sudah semakin pudar mengikut
kekuatan cahaya di luar dan dalam air. Di sini kita boleh menggunakan warna-warna yang terang dan
gelap mengikut kesesuaian cahaya dilangit. Warna merah adalah paling sesuai tatkala senja tiba. Ini
kerana warna ini bertentangan dengan cahaya di langit dengan kadar kontras yang baik. Hari yang
semakin bergerak, kita gunakan skala pemilihan warna bermula dari warna merah pada awal pagi. Diikuti
dengan warna biru, hijau, kuning dan oren.

Melihat terangnya langit dan cuaca akan membantu kita memilih warna gewang dengan baik. Kita perlulah
rajin mencuba sebanyak mungkin jenis-jenis gewang yang mahu digunakan. Ilmu tentang cuaca, kadar
terang cahaya, kadar jernih air, kedalaman air, jenis ikan pilihan membantu kita memilih warna gewang
yang sesuai untuk digunakan.

Pada awal perenggan tadi, kita bicarakan sains memainkan peranan penting dalam pemilihan warna.
Namun, rasa dihati dan naluri juga mampu membantu. Tidak semua perkara yang kita baca ini mampu
menolong. AWAS! cuaca akan bertukar-tukar, sifat pemakanan ikan akan berubah-ubah kerana bunyi
bising dan ragam pemangsa lain. Kadar PH dan suhu air berubah. Hari ini gewang warna merah akan laris,
esok sudah tak laku. Pada waktu malam, kawanan ikan akan berpecah dan ikan-ikan ini akan melihat
kontras apa jua pergerakan mangsa pada permukaan air (hasil dari kadar cahaya dilangit). Disini lah
pengetahuan tentang fasa peralihan cahaya bulan perlu digunakan.

Keseluruhannya,
apa jua percubaan yang rajin dan konsisten akan membuahkan hasil yang diinginkan. Ingatlah satu
perkara, kita boleh menggunakan apa jua bau, rasa dan getaran pada gewang, tetapi sekiranya ikan tidak
dapat melihat dengan baik warna dan jarak mangsa untuk diterkam-makan,anda KALAH! Disebabkan
itulah warna adalah komponen penting dalam pengembaraan menggewang anda.
terubuk
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

Back to top Go down

Warna apa yang patut saya gunakan? Empty Re: Warna apa yang patut saya gunakan?

Post  mayong Thu Apr 21, 2011 8:26 am

salam semua
boleh tak share info gewang2 killer yg dlm simpanan korang?
info pasal ikan apa yg selalu hentam, harga dgn gambar kalau ada
jadi tak la aku membazir duit beli gewang2 murah tapi takde potensi
rasanya ada 2 kilo dah gewang2 cap ayam ni tapi tak bagus
menyesal la beli, biasala pemancing yg baru belajar mcm aku ni mesti nak yg murah
rupanya tak bagus...

baik beli yg ada harga skit kot asalkan berbaloi
mayong
mayong
Private
Private

Posts : 27
Join date : 15/04/2011

Back to top Go down

Warna apa yang patut saya gunakan? Empty Re: Warna apa yang patut saya gunakan?

Post  mappeddo Fri Apr 22, 2011 12:21 am

terubuk wrote:Disini saya kongsikan sedikit dari artikel tulisan di whaticaught.com, flybridge.com

[You must be registered and logged in to see this image.]

Entah ada berapa ribu jenis gewang dan warna-warna yang ada
dipasaran dunia? Entah...

GEWANG, WARNA dan SAINS

Tindakan dari kesan warna adalah berbeza mengikut sebagaimana kadar penembusan cahaya kedalam air.
Ini membuatkan pemilihan gewang dan warnanya menjadi teka-teki dan penuh soalan sains.
Dikatakan majoriti ikan dapat melihat warna dengan baik memandangkan komposisi mata ikan terdiri dari
bebatang dan kon. Penglihatan pada waktu siang dilakukan menggunakan sel-sel kon. Sel-sel ini menjana
kepada info tentang warna yang dilihat. Manakala bebatang dalam mata ikan pula bertindak sebagai ejen
penglihatan pada waktu malam. Bebatang ini lebih mengfokuskan akan kekuatan atau terang cahaya-cahaya
yang ada. Didalam gelap, tidak ada kekuatan untuk mengenal warna.

Mengenal jenis dan sifat ikan adalah amat penting, adakah mereka ini yang keluar mencari makan pada waktu
siang atau hanya pada waktu malam. Langkah pertama memilih warna adalah jelas. Pada waktu malam kita
memerlukan satu kaedah untuk menarik perhatian pemangsa malam lebih kerap. Dan pada sebelah siang kita
memerlukan pemilihan umpan/gewang yang lebih menarik perhatian dari segi warna, rupabentuk, bergetar dan
sifat pemantulan cahaya yang hebat. Untuk contoh > ikan seperti Bass adalah ikan siang manakala ikan Walleye
adalah ikan malam. Kadar penglihatan ikan Trout seperti Rainbow Trout dan Brown Trout juga hebat. Ikan-ikan
ini mampu membezakan dan melihat sinar spektrum warna dan mempunyai kebolehan melihat objek berwarna
dan menentukan samada objek itu dekat atau jauh. Ikan-ikan ini mampu membezakan jarak objek dalam jangka
waktu yang amat singkat melalui mengenal warna.

O OOOOOO

Cahaya bertindak berbeza tatkala beroperasi didalam air. Jarak gelombang warna yang panjang terdiri dari warna Merah, Oren,Kuning, Hijau, Biru, Biru Tua (indigo), dan Ungu. Kesemua akan diserap sebaik sahaja mencecah air. Warna-warna ini akan menjadi pudar dan menjadi hitam sebaik sahaja sentuhan pertama di air. Cahaya warna merah akan diserap secara total apabila berada pada kedalaman 15-20kaki yang pertama. Oren pada kedalaman 30-40kaki dan Kuning pada kedalaman 60-70 kaki. Hijau dan Biru dikatakan akan bergerak jauh kedalam lagi selagi cahaya dapat menembusi dasar air. Kadar cahaya akan berkurangan semasa bergerak menuju dasar. Mudah, kadar terang cahaya akan semakin malap.

Pada kedalaman 40kaki, warna kuning masih lagi kuning akan tetapi kekuatan warna ini tidaklah seterang sewaktu berada diluar air.Kejernihan air dan aktiviti di air juga perlu diambil kira. Menggunakan warna merah pada tundaan gewang di selat yang dalam tidaklah sama dengan penggunaan gewang yang sama di air sungai jernih yang bergerak laju. Penggunaan gewang pada kadar kedalaman 10-12 kaki di selat yang dalam menunjukkan warna merah masih ujud. Manakala apabila digunakan di sungai jernih berarus laju, warna merah ini hanya bertahan beberapa saat sahaja. Warna putih dan perak (silver) adalah warna-warna yang bertindak efisien untuk menggewang di air yang dalam. Juga pilihlah gewang yang memantulkan cahaya yang baik. Ini kerana warna-warna ini akan menjadi halimunan dalam masa sekejap sahaja seandai perairan itu mempunyai latarbelakang dan sifat warna hijau atau biru.

[You must be registered and logged in to see this image.]
Carta pemilihan warna mengikut kadar kekuatan cahaya matahari yang digunapakai di Jepun, Puerto
Rico dan US untuk menentukan pemilihan tepat bagi pemancingan ikan Billfish seperti Layaran dan
Mersuji.

CUADA MENDUNG ATAU LANGIT YANG TERANG?

Pada hari yang mendung, cahaya tidaklah begitu kuat dan terang. Tindakbalas warna tidaklah begitu baik pada cuaca sebegini.Ini adalah perkara yang perlu diambil perhatian tatkala memancing pada waktu dan cuaca sebegini. Semakin gelap langit, semakin kurang cahaya yang ada. Kita perlu tahu bagaimana memanipulasi pengetahuan dan penggunaan warna dalam cuaca seperti langit gelap penuh awan hitam (mendung), langit terang penuh awan (50/50), langit terang tanpa awan (cahaya matahari yang banyak).

PANCINGAN SIANG ATAU MALAM?

Seperti di perenggan pertama tentang bebatang dan kon mata ikan disini kita melihat pertukaran
fungsi kon dan bebatang pada mata ikan. Pada waktu senja dan menghampiri malam, kon tidak lagi begitu
aktif dan bebatang mata ikan akan memainkan peranan. Warna-warna sudah semakin pudar mengikut
kekuatan cahaya di luar dan dalam air. Di sini kita boleh menggunakan warna-warna yang terang dan
gelap mengikut kesesuaian cahaya dilangit. Warna merah adalah paling sesuai tatkala senja tiba. Ini
kerana warna ini bertentangan dengan cahaya di langit dengan kadar kontras yang baik. Hari yang
semakin bergerak, kita gunakan skala pemilihan warna bermula dari warna merah pada awal pagi. Diikuti
dengan warna biru, hijau, kuning dan oren.

Melihat terangnya langit dan cuaca akan membantu kita memilih warna gewang dengan baik. Kita perlulah
rajin mencuba sebanyak mungkin jenis-jenis gewang yang mahu digunakan. Ilmu tentang cuaca, kadar
terang cahaya, kadar jernih air, kedalaman air, jenis ikan pilihan membantu kita memilih warna gewang
yang sesuai untuk digunakan.

Pada awal perenggan tadi, kita bicarakan sains memainkan peranan penting dalam pemilihan warna.
Namun, rasa dihati dan naluri juga mampu membantu. Tidak semua perkara yang kita baca ini mampu
menolong. AWAS! cuaca akan bertukar-tukar, sifat pemakanan ikan akan berubah-ubah kerana bunyi
bising dan ragam pemangsa lain. Kadar PH dan suhu air berubah. Hari ini gewang warna merah akan laris,
esok sudah tak laku. Pada waktu malam, kawanan ikan akan berpecah dan ikan-ikan ini akan melihat
kontras apa jua pergerakan mangsa pada permukaan air (hasil dari kadar cahaya dilangit). Disini lah
pengetahuan tentang fasa peralihan cahaya bulan perlu digunakan.

Keseluruhannya,
apa jua percubaan yang rajin dan konsisten akan membuahkan hasil yang diinginkan. Ingatlah satu
perkara, kita boleh menggunakan apa jua bau, rasa dan getaran pada gewang, tetapi sekiranya ikan tidak
dapat melihat dengan baik warna dan jarak mangsa untuk diterkam-makan,anda KALAH! Disebabkan
itulah warna adalah komponen penting dalam pengembaraan menggewang anda.
..pasal warna dah save lam memory dan akan di cuba keberkesanannya di perairan sini,boleh tak share info berat gewang yg biasa diguna dan pada keadaan laut yg macamana? dan biasa tuk jenis mangsa yg macamana?

mappeddo
Private
Private

Posts : 2
Join date : 21/04/2011

Back to top Go down

Warna apa yang patut saya gunakan? Empty Re: Warna apa yang patut saya gunakan?

Post  terubuk Wed Nov 16, 2011 10:55 am

targetnya ikan apa ya?
terubuk
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

Back to top Go down

Warna apa yang patut saya gunakan? Empty Re: Warna apa yang patut saya gunakan?

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum