Tali Tangsi

View previous topic View next topic Go down

Tali Tangsi

Post  terubuk on Sun Apr 17, 2011 10:52 am

Mengenali Tali
Secara, asasnya, kebanyakan tali tangsi diperbuat dari penyemperitan nilon (bahan nilon yang ditekan melalui acuan) dan sesetengah pengilang merahsiakan bahan-bahan dan rumusan istimewa dalam pembuatan tali tersebut. Bahan nilon tersebut meningkatkan kelembutan pada tali jenis lembut dan memberikan lontaran yang baik, menambah aksi sebenar gewang atau umpan. la juga memberi kekuatan kepada ikatan dan tahan kikisan pada tali kasar. Ciri-ciri kekuatan ikatan dan ketahanan kikisan pada tali tangsi jenis halus tidak begitu setanding dan sebaik tali yang kasar, walau bagaimanapun lontaran tali kasar tidak setanding tali halus. Sebab itulah rarnai pengilang menawarkan pelbagai jenis tali dengan ciri-ciri yang berbeza.

Kesan Semasa Bertarung
Sifat anjal yang dimiliki oleh tangsi membolehkan ia menerima tekanan lebihan sebanyak 25 peratus. Contohnya tali yang berkuasa 10 paun boleh menerima tekanan sehingga 12.5 paun, lebih dari itu ia akan putus. Daya ini yang membolehkan tali memanjang apabila menerima tekanan.

Tangsi juga mempunyai daya ingatan iaitu ia berupaya kembali kepada bentuk dan kekuatan asal setelah berlaku tekanan kecil yang tidak melebihi kadar 25 peratus itu. Pada amnya, semakin halus dan semakin kecil diameter tali, semakin kuranglah tekanan yang diperlukan untuk merosakkan daya ingatan tersebut. Contoh daya ingatan yang paling baik ialah tangsi yang baru dikeluarkan akan meniru bentuk gelendung.

Tenaga dan saiz ikan, jangka masa dan tekanan semasa pertarungan akan membahayakan dan boleh menghampiri titik pemutusan tali. Kesemua faktor tersebut bergabung sehingga berupaya merubah bentuk asal tali hingga ke tahap tiada lagi daya ingatan. Ini biasanya berlaku kepada tali yang halus dan sebab itulah ramai pemancing profesional yang ingin memecahkan rekod ikan besar akan menggunakan tali berkuasa rendah sambil membawa geledung tambahan untuk menukarnya setiap kali selesai pertarungan.

Untuk memeriksa takik dan kikisan yang mungkin wujud pada tali, anda hanya perju melalukan tali antara jari ibu dan telunjuk semasa memasukkan tali ke dalam geledung. Beringat supaya mengeluar atau memeriksa lebihan tali selepas setiap 'trip' memancing. Seandainya ikan pernah melarikan sebanyak 20 meter tali, maka keluarkan 40 meter untuk memeriksa takik mungkin disebabkan oleh sampah, batu, ikan, kerosakan cincin atau ikatan pada cili. Ketahanan tali yang halus akan merosot atau hilang dalam kadar yang tinggi sekiranya terdapat takik atau kikisan berbanding tali kasar yang sama ketahanannya.

Regangan lampau pada tali tangsi juga perlu diperiksa dengan cara mengeluarkan dan kemudian memasukkan tali semula ke dalam kekili melalui ibu jari dan telunjuk. Tali yang masih baik mempunyai bentuk ukur lilit yang bulat. Oleh itu, jika anda merasai perubahan pada bentuk tali kepada bentuk leper yang menipis ataupun daya elastiknya seolah-olah sudah hilang maka daya ingatan dan ketahanan pada bahagian tersebut adalah kritikal. Gantikan tali. Sekiranya anda berada di atas bot dan tidak mempunyai tali simpanan, buangkan beberapa meter di belakang tempat yang rosak. Satu lagi kunci untuk mengetahui tali telah rosak ialah daya ikatannya yang agak lemah. Jika ikatan yang betul gagal dilakukan, itu tandanya ia perlu ditukar.

Bahan Pengilap Pintalan
Kebanyakkan tali tangsi disalut dengan bahan pengilap pintalan yang kelihatan berkilau yang biasanya disalut pada darjah yang berbeza-beza bagi melindungi tali semasa proses pengangkutan dan pancingan. Jika anda perasan, biasanya terdapat serbuk berdebu pada tangan atau cincin (gegelang) selepas memutar tali, itu adalah bahan pengilap pintalan tali tangsi. Apabila bahan pengilap ini sudah habis tertanggal, tali tangsi akan beransur-ansur pudar dan lebih cenderung untak rosak. Jika tali anda kelihatan pudar berbanding tali baru jenis yang sama maka jadikanlah ia sebagai peringatan bahawa anda perlu menukamya. Atau sekurang-kurangnya keluarkan tali pada bahagian yang pudar sahaja dan buang.

Walaupun jarang berlakunya takik dan kikisan, tali berpintal juga boleh menyebabkan kita pening kepala. Masalah ini boleh menyebabkan aktiviti memancing terganggu dengan ketidak-tepatan lontaran atau berbelit dan putus pada cincin joran. Kekili melintang (spinning reel) amat terkenal dengan masalah ini terutama jika cili tidak digunakan. Jika berlaku pintalan, keluarkan lebih banyak tali daripada yang biasa anda gunakan dan buang. Jangan biarkan ia menjadi-jadi kerana semakin banyak pintalan berlaku, semakin jauh pintalan tersebut bergerak ke dalam gelendung.

Hasil Berbaloi
Pendedahan kepada sinar ultra ungu matahari dan kepanasan yang tinggi juga berupaya memutuskan struktur kimia bahan dalam tali sehingga boleh membawa kerosakan. Contohnya, membiarkan tali dalam kenderaan serta pendedahan terus kepada cahaya matahari akan memusnahkan ketahanan tali dan ciri-ciri yang dimilikinya dalarn masa beberapa jam. Sebaik-baiknya simpan peralatan pancing anda di dalam but kenderaan dan menutupnya dengan kain cerah.

Bahan-bahan berasaskan petroleum seperti minyak pelincir atau minyak tanah juga boleh merosakkan. Jadi, jangan simpan ia berdekatan dengan bahan-bahan tersebut.

Sebenarnya pengawasan dan penukaran tali tangsi sebaik-baiknya dilakukan selepas balik daripada sesuatu 'trip' memancing. Biarpun ia mengambil masa dan kos namun hasil anda pasti berbaloi bagi setiap trip.

Bagaimana Hendak Menukar Tali
Apabila menukar tali baru, kekalkan tegangan dan kenakan tekanan yang sesuai semasa mengarau sebaik-baiknya dengan menggunakan sarung tangan atau kain yang lembut dan lalukan tali antara cincin dan jari anda. Sarung tangan perlu dibasahkan bagi melindungi bahan pengilap pintalan daripada sebarang geseran dan pemanasan. Anda perlu mengurangkan kadar pintalan yang berlaku semasa mengarau dengan cara menegakkan geledung tali pada sebatang kayu atau besi bagi memudahkannya berputar secara bebas.
avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum