Mancen Pagi Sabtu bersama Good Widow

View previous topic View next topic Go down

Mancen Pagi Sabtu bersama Good Widow

Post  terubuk on Wed Nov 16, 2011 6:49 am

Memandangkan rakan ku yang sedang menjalani kursus di Kuching tidak lama lagi maka trip casting bersama dengannya pun aku ejas untuknya. Mana tidaknya, pas ni tak tau lagi bila baru dapat mancen bersama… Trip yang dirancang untuk bejalan pada Sabtu .10.2011… Malangnya dua hari sebelom tu aku berasa tak berapa sihat…

Pada hari Jumaat si Atai datang menjemput aku bersama keluarga ku untuk balik ke Lundu.

Sebelum subuh dah si Goodwidow bangun tido… Terkejut aku disapanya masa nak ke dapur… “Siakap Merah dah bangun ke Buk?” Tanyanya padaku… “Kejap lagi” balasku… Hehehehehe….

Sepertimana biasa, perjalanan ke lokasi mengambil masa lebih kurang 30 minit… Kena masuk off road skek untuk sampai ke lokasi…

Setibanya ke lokasi dalam lebih kurang jam 8 pagi acara casting pun bermula… Masing2 mencuba dengan gewang dan lokasi kegemaran masing-masing…

Aku kena miss call tapi kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh si Izad untuk membaling gewang ke tempat aku rabut tadi dan dia berjaya menaikkan sekor siakap merah ni….

[You must be registered and logged in to see this image.]

Pas tu aku kena lagi miss call, dia mengulagi tabiat yag sama iaitu membaling gewang ke tempat aku kena miss call tadi…. Nahhh… Ini habuannya…. Bikin panas aje mamat ni…

[You must be registered and logged in to see this image.]

Aku kena tukar strategi ni… aku pun menggunakan gewang Rapala TailDancer Hot Tiger yang lama terperap dalam kotak pancing dan tak pernah memberikan aku pulangan sejak membelinya… Beberapa kali balingan, yesss….. ada strike….

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

Selepas berjaya menaikkan sekor ni, aku membaling gewang ke hadapan si Good widow yang kebetulan membaling gewang ke spot yang sama… Strike… Si Good widow jadi makin panas wala cuaca pagi tu sejuk dan mendung… Kehkehkehkeh….

[You must be registered and logged in to see this image.]

Si Good widow masih belum berjaya menaikkan ikan… Aku cadangkan padanya supaya menukar gewang ….. Nyatanya cadangan aku tu berhasil…

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

Kan aku dah cakap….

[You must be registered and logged in to see this image.]

Pas kena tegur… nangis la pula… ceh…

[You must be registered and logged in to see this image.]

Merajuk la tu…..
Pas tu dia nyorok belakang batu, nasib baik tak kena tangkup… Kalo tak ada lagi lagenda zaman moden ni Caster kena tangkup batu…. Hahahahahahaha….
Strike pula masa merajuk…

[You must be registered and logged in to see this image.]

Tak lama kemudian kelihatan si Atai asyik melawan sang ikan… Setelah melompat beberapa kali akhirnya sang ikan tumpas ditangannya… Tengok dari jauh, ingatkan siakap putih yang kena, rupa-rupanya sang bulan….

[You must be registered and logged in to see this image.]

Hasil keseluruhan 6-1….

[You must be registered and logged in to see this image.]

Aku harap bro Good widow tak serik mancen bersama rakan pemancing di Sarawak ni….

Kalo ada masa nanti, datanglah lagi… Insyallah akan kami cuba bawa ke spot yang lebih baik…
avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum