Teknik asas persembahan gewang

View previous topic View next topic Go down

Teknik asas persembahan gewang

Post  terubuk on Thu Apr 14, 2011 10:20 pm

GEWANG BERLIDAH

Gewang ini biasa dirujuk sebagai “plug” atau gewang replika ikan. Di Amerika Syarikat ianya lebih dikenali sebagai “crankbait”. Seperti maksud namanya “crankbait” pada asasnya ianya gewang yang dicipta untukdilontar dan dikarau. Selagi anda tidak mengarau kekili, ianya tidak akan berbuat apa-apa. Apabila ianya diberi gerakan ke hadapan, reka bentuknya itu akan menggerakkannya dengan aksi semulajadi atau provokatif. Kebanyakan gewang jenis ini digunakan untuk tundaan, terutama yang bersaiz besar dan ianya agak janggal untul dilontar.

Walaubagaimanapun gewang berlidah ini terdiri dari beraneka bentuk badan, namun stail bentuk badan ikan yang ramping setakat ini adalah yang paling dominant. Famili gewang ini biasanya dirujuk sebagai “minnow”. Perkataan itu agak kurang sesuai sebenarnya kerana “minnow” (ikan seluang) yang mana niat sebenar ianya merujuk kepada ikan-ikan kecil. Tujuan pencipta gewang sebegini menggelarkan ianya “minnow” adalah untuk memudahkan para pemancing merujuk kepada ikan mangsaan yang kecil, berprofil ramping, yang pada hakikatnya seberat antara beberapa gram sehingga melebihi 1 kilo yang adakalanya sudah tidak layak dianggap kecil.

Dengan bentuk badan yang berbeze-beza dari peniruan ikan mangsaan atau haiwan bercengkerang yang spesifik seperti yang asal hinggalah bentuk gemuk serta pendek yang lucu serta tidak menyerupai apa-apa, namun ianya masih boleh dikesan ikan akan kehadirannya.

Ada juga yang berbadan dua keratan (jointed) atau dicipta supaya terapung apabila pergerakan dihentikan dan ada juga yang tenggelam dengan perlahan atau cepat bila karauan dihentikan.

Fungsi Lidah

Yang mendefinasikan gewang berlidah dari yang lain sudah tentunya dengan kehadiran lidah besi atau plastic dihadapan gewang itu. Lidahlah yang menyebabkan gewang itu “hidup” dengan aksi renangannya. Ada yang beraksi dengan goyangan padat dan ada yang bergelek kencang. Ianya bergantung kepada bentuk saiz, reka bentuk badan serta sudut lidah.

Ada yang berlidah kecil yang disematkan secara mencuram atau menegak supaya ia berenang berdekatan permukaan air. Gewang yang lidahnya dilaras 45 darjah akan menyelam lebih jauh. Manakala yang berlidah besar akan menyelam sangat dalam. Perbezaan kecil pada reka bentuk setiap bahagian gewang mampu menentukan sifat keseluruhan gewang seperti kedalaman, berapa cepat gelekan, kepelbagaian aksi renangan dan juga prestasi keseluruhan gewang itu.

Gewang berlidah selalunya bersifat kelajuan perlahan ke sederhana. Walaupun begitu, ada pengecualian, contohnya gewang khas untuk lautan yang dicipta dengan penuh teliti dan seimbang supaya ianya boleh berenang dengan cantik walaupun ditunda dengan selaju 10 knot.

Stickbait atau Jerkbait?

Variasi famili gewang berlidah ialah “jerk minnow” yang turut dipanggil “stickbait” atau “jerkbait”. Ianya merupakan minnow yang berlidah selaman cetek dan kecil. Walaupun ada aksi renangan, ia turut dimainkan seperti gaya popper atau gewang luncur permukaan (slider@swimbait).

Stickbait selalunya gewang terapung atau mengampai dan ianya dimainkan secara siri gerak sentap (twitch) hujung joran dengan kasar. Oleh kerana lidahnya dipasang rapat ke pada muncung gewang, apabila diberi sentapan, ianya akan berputar. Ini menyebabkan gewang menjunam dan menggelang-geliut, tetapi yang lebih penting, ia juga akan melibas ke sisi dan berguling.

Dengan menghayun joran ke kiri dan ke kanan secara berselang seli, pemancing boleh menyebabkan gewang beraksi zig-zag. Jika pandai memainkan joran, aksi gerakan ini akan tercapai dengan sentapan yang sangat pendek. Oleh kerana kadangkalanya terdapat aksi henti selama beberapa saat antara sentapan itu, maka gewang boleh kekal di zon sambaran untuk suatu tempoh tertentu.

Jika badannya memantul cahaya, aksi gulingan yang tercapai dengan mainan joran yang agresif akan turut menghasilkan kilatan tambahan. Jika digayakan dengan betul, gewang akan memberikan persembahan yang sangat meyakinkan bagaikan ikan mangsaan yang cedera parah yang bergelut di permukaan. Pasti pemangsa tak boleh tahan melihatnya!!!!.

Gewang tertentu memerlukan halaju karauan adan aksi joran tertentu dan ianya berbaloi diuji untuk mendapatkan keputusan terbaik. Sesetengah gewang beraksi baik pada halaju tetap, walaupun dalam kebanyakan situasi karau henti atau aksi meluru secara tak tetap akan membuahkan hasil.

Umumnya, hujung joran perlu dijulur rapat ke permukaan air dan disentak-sentak sambil kekili dikarau, supaya gewang berperangai “gila” dan provokatif.

Gewang Selaman Dalam

Dengan gewang selaman dalam, biasanya pemancing akan “meletakkan” gewang itu ke kedalaman yang diperlukan dengan cara menyentap tajam hujung joran dan karau laju sejauh beberapa meter, kemudiannya diperlahankan karauannya namun kedalaman selaman gewang masih dikekalkan.

Jika mengilat ikan yang bersembunyi dibawah lindungan seperti tebing curam, sudut junaman gewang amatlah kritikal.

Jika ikan bersifat penyerang hendap, ia tidak akan keluar jauh dari kubunya. Gewang perlu meluru ke bawah sampai ke paras sang ikan. Kalau tidak, gewang akan berada terlalu jauh dari struktur untuk menggoda ikan itu untuk keluar. Pemilihan gewang hendaklah tepat dan yang lebih utama,reka bentuk lidah yang betul dapat mencapai keperluan ini.

Bagi gewang baru, lebih elok jika dapat luangkan masa mengujinya di air yang jernih untuk melihat kelakuan sebenarnya di segenap kedalaman dan juga apabila dihentikan. Inilah salah satu cara yang bagus untuk mencari gewang terbaik dari kotak pancing anda dan pelajari yang mana satu sesuai dipilih untuk tugasan tersebut.

Jangan lupa, anda sebenarnya sedang mencuba untuk membuatkan gewang tampak sebenar seperti ikan mangsaan. Kejayaan anda akan meningkat jika mangsa itu kelihatan “tidak kebal” akibat kecederaan atau kebingungan. Ikan yang sihat sekalipun tidak akan berenang dalam satu garis lurus dan dalam kelajuan yang tetap untuk suatu tempoh yang lama.

Gelek Pergerakan

Bentuk badan dan lidah akan menyebabkan gewang bergelek, melenggang dan “berenang” apabila ditarik di dalam air, tetapi terdapat banyak aspek reka bentuk yang mencorakkan perbezaan renangan. Gewang yang tampak serupa pada fizikalnya akan menampilkan pergerakan yang sangat berbeza di dalam air. Badan akan bergelek semasa berenang, tetapi juga akan terhangguk-hangguk kepala atau ekornya, bergelek ke kiri dan ke kanan, berguling- semuanyadalam masa yang sama.

Sesetengah gewang mempunyai aksi gelekan “rapat” iaitu gelekan yang laju dan sempit. Sementara yang lain melenggang perlahan atau sangat luas gerak gelekannya. Pergerakannya bukan sahaja dapat dikesan secara visual, malah nadanya boleh dirasai oleh garis deria ikan.

Gelek yang rapat dan laju selalunya digunakan untuk menggoda spesis pelagic perenang pantas ( pemburuan utama bergantung kepada penglihatan). Manakala gelekan yang perlahan dan lebih kuat gemerincing cukup berkesan buat pemangsa yang bergerak perlahan, kerana gewang ini boleh dikesan dari jarak jauh, walaupun dalam air yang cukup keruh.
Variasi memang banyak, tetapi dengan mencari padanan yang betul untuk spesis tertentu akan menghasilkan tangkapan yang banyak dan konsisten dan bukannya sebab nasib. Sesetengahnya amat bagus untuk sesejenis ikan atau situasi, namun untuk spesis lain pada senario berasingan, aksi yang lain diperlukan.

Malahan, ada gewang yang mempunyai gerakan yang langsung tidak menggoda pemangsa untuk menyerang. Sebab itulah pemancing selalunya mempunyai beraneka bentuk, saiz dan jenama gewang.

Aksi renangan gewang berlidah bergantung kepada keseimbangan tekanan yang kritikal di sekeliling badannya. Ketepatan dan keputusan yang dicapai oleh gewang yang bernilai selalunya menentukan nilai harganya. (Gewang yang mahal harganya dan tidak produktif akan cepat “mati” di pasaran yang kompetitif). Gewang yang baik adalah gewang yang mampu menjerat ikan sebaik sahaja ianya dikeluarkan dari bungkusannya tanpa perlu di lakukan “tuning” semula.

Malangnya, lantaran reka bentuk, pengilangan dan pengawalan mutu yang tidak bagus, ada gewang murahan yang tidak mampu berenang dengan baik. Maksud saya, bukan gewang yang mahal sahaja mampu menipu banyak ikan, kerana ada juga gewang murah tetapi terbukti efisyen. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak jenis gewang di pasaran, hanya beberapa kerat sahaja yang mampu memberi prestasi terbaik dan konsisten.

Kadangkala gewang akan berenang ke suatu arah dan bergantung kepada sebelah rusuk sahaja. Dari segi teori, ini memberi keterampilan “kecederaan” yang menarik. Namun dari segi praktikal-mungkin disebabkan getarannya diubah suai- ia tak akan menjerat ikan sebaik gewang yang dilaras untuk berenang sempurna pada posisi seimbang. Dengan gewang berkualiti, ini muda untuk diperbetulkan asalkan reka bentuk asasnya betul. Hanya dengan melaraskan muncung tundaanya sahaja.


Selamam cetek
[You must be registered and logged in to see this image.]

Selaman sederhana
[You must be registered and logged in to see this image.]

Selaman dalam

[You must be registered and logged in to see this image.]

Cara penggunaannya:

1. Karau dengan kelajuan sederhana atau laju....
2. Karau dan sentap...
3. Karau biarkan mengampai seketika dan karau semula....
4. Gewang ini boleh juga digunakan untuk menunda (trolling).
avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  terubuk on Thu Apr 14, 2011 10:22 pm

Gewang sesudu

Atom
[You must be registered and logged in to see this image.]

Toby
[You must be registered and logged in to see this image.]

Island
[You must be registered and logged in to see this image.]

Ultima
[You must be registered and logged in to see this image.]

Cara penggunaannya:

1. Karau dengan kelajuan sederhana atau laju....
2. Karau dan sentap...
3. Ada juga pemancing yang gemar membiarkan ianya jatuh ke dasar sebelum
mengarau gewang ini.
avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  terubuk on Thu Apr 14, 2011 10:24 pm

Gewang plastik lembut

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

Cara penggunaannya:

1. Karau dengan kelajuan yang perlahan
2. Karau dan sentap...
avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  terubuk on Thu Apr 14, 2011 10:26 pm

Jig

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

Cara penggunaannya:

1. Teknik jigging "vertical" atau "horizontal" untuk jig besi.
2. Karauan sederhana laju atau perlahan untuk jig sotong (candat)
3. Untuk jig berjangggut, unjunan menegak yang dilakukan secara kelajuan sederhana atau perlahan boleh digunapakai..
avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  terubuk on Thu Apr 14, 2011 10:27 pm

Gewang selaman tanpa bibir

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

[You must be registered and logged in to see this image.]

Cara mengunakannya:
1. Karauan laju, sederhana atau perlahan dan sentap dan karau semula.

[You must be registered and logged in to see this image.]

Cara penggunaannya:

[You must be registered and logged in to see this image.]

avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  terubuk on Thu Apr 14, 2011 10:28 pm

[You must be registered and logged in to see this image.]


Apa yang kita bincangkan disini hanyalah teknik asas sahaja...
Apabila seseorang itu telah mahir cuba lah menggabungkan teknik-teknik tersebut mengikut
gaya anda tersendiri.... Mana tahu ianya merupakan teknik "killer" anda.....

Segala pandangan, kritikan atau cadangan amatlah dialu-alukan untuk proses penambah baikan bagi memantapkan ruangan ini agar ianya boleh menjadi rujukan untuk kita semua....
avatar
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  Gemang on Thu Apr 14, 2011 10:31 pm

woooo.....very informative...I LIKE.
avatar
Gemang
Corporal
Corporal

Posts : 94
Join date : 14/04/2011
Age : 43
Location : Blakang jamban umah ipen

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  mayong on Mon Apr 18, 2011 8:49 am

saya ada sekor gewang ausie jumper... dia ada bagi 3 4 keping lidah.
belum pernah guna. mcm mana nak gantikan lidah tu?
avatar
mayong
Private
Private

Posts : 27
Join date : 15/04/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  RooSTa_CaSTeR on Mon Apr 18, 2011 2:51 pm

mayong wrote:saya ada sekor gewang ausie jumper... dia ada bagi 3 4 keping lidah.
belum pernah guna. mcm mana nak gantikan lidah tu?

gewang tu sama spesis dgn halco jgk kalau tak silap...
nk tukar lidah dia kena ketuk keluar slider (mcm batang mancis) ikut tepi... cari satu pin, pastu ketuk keluar pelan2...
satu side lebih besar dari side satu lagi... kalau silap side ketuk dia makin masuk dan makin ketat...
lepas keluarkan slider mcm batang mancis tu baru tarik keluar lidah ikut depan... Wink

_________________
Biar hidup menipu ikan, jangan hidup menipu orang....[You must be registered and logged in to see this image.]
avatar
RooSTa_CaSTeR
Major
Major

Posts : 31
Join date : 14/04/2011
Age : 52
Location : KePaLa BaTaS SBG PRai uTaRa

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  ipen on Tue Apr 19, 2011 3:07 pm

aku pun ada ausie jumper ni seketul... xtau sama jenis atau tidak... lure aku tukar bib dengan tarik bib ke depan...
tapi xpenah guna lagi... macam xsesuai utk casting... bagi aku la... tapi kalu trolling macam sesuak...

ipen
Private
Private

Posts : 44
Join date : 14/04/2011

View user profile

Back to top Go down

Re: Teknik asas persembahan gewang

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum