Malaysian Anglers Network
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Panduan memilih joran

Go down

Panduan memilih joran Empty Panduan memilih joran

Post  terubuk Sun Apr 17, 2011 9:33 pm

Untuk mencari rod yang sesuai 3 perkara utama perlu dipertimbangkan terlebih dahulu: pengalaman anda, kaedah atau gaya kesukaan, dan jenis ikan yang di buru. Dari sini barulah dapat kita membuat keputusan untuk membeli joran yang sesuai.

Antara kriteria yang perlu diambil kira:

Jenis
Panjang & Berat
Aksi
Berat gewang/line
Bahan buatan/material
Grip
Cincin

Jenis

Terdapat dua jenis rod yang utama iaitu baitcasting dan spinning. Jenis rod ini bergantung kepada jenis kekili yang digunakan dan kaedah pancingan yang akan digunakan.

Rod Baitcasting

- Menggunakan kekili jenis baitcasting
- Kekili dan line berada pada bahagian atas rod
- Trigger grip, grip yang menyerupai picu pada pistol membolehkan anda memegang rod dengan kemas sementara ibu jari digunakan untuk mengawal tali atau thumb bar

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh bagi Baitcasting rod

Rod Spinning

- Menggunakan kekili jenis spinning
- Rod ini mempunyai empat perbezaan utama dari rod casting iaitu:
1)Kekili berada pada bahagian bawah pemegang kekili, dan guide bagi tali utama juga berada pada bahagian bawah.
2)Kedudukan pemegang adalah seimbang dengan panjang rod
3)Trigger grip tidak digunakan untuk rod spinning.
4)Jumlah cecincin bagi rod ini adalah kurang daripada rod baitcaster kerana bagi rod baitcaster jumlah cecincin yang banyak adalah diperlukan untuk mengelakkan dari mainline bergeser pada badan rod

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh bagi spinning rod


Panjang & Berat

Panjang dan berat rod bergantung kepada jenis ikan yang di buru dan juga gaya pancingan anda. Amnya, lebih besar saiz ikan yangdi buru, lebih berat poundage yg perlu digunakan. Lebih jauh jarak cast maka lebih panjang jugalah rodnya.


Pancingan bottom

- Rod yang digunakan untuk teknik ini kebiasaannya adalah sepanjang 6 – 8 kaki dan mainline yang sesuai digunakan adalah yang mampu menanggung beban seberat 15 – 30 pound
- Kedua – dua jenis kekili yang disebut di atas iaitu spinning dan multipalyer sesuai digunakan untuk teknik ini

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh rod untuk bottom, Uglystick


Pancingan gewang (casting rod)

- Rod yang digunakan adalah kebiasaannya sepanjang 5 – 6 kaki dan mainline yang sesuai adalah yang mampu menanggung beban seberat 6 – 30 pound
- Kekili yang biasa digunakan adalah dari jenis baitcaster lowprofile

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh rod untuk casting, XZoga JAP STYLE JA-S

Pancingan atas bot

- Rod bagi pancingan bot (boat rod) adalah lebih kecil, iaitu 5 ½ - 6 kaki dan mainline yang sesuai digunakan adalah yang mampu menanggung beban seberat 50 – 130 pound
- Kebiasaannya kekili jenis multiplayer digunakan

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh rod untuk pancingan bot, Daiwa Saltiga Saltwater

Surfcasting

- Rod surfcasting kebiasaannya adalah sepanjang 9 ke 15 kaki
- Panjang rod bergantung kepada faktor jarak lontaran yang ingin dilakukan dan berat batu ladung serta umpan
- Sebatang rod surfcasting sepanjang 10 kaki dapat membolehkan anda melakukan balingan sejauh 200 kaki dengan mudah menggunakan umpan seberat 2 hingga 4 oz
- Biasanya kekili spinning digunakan bersama rod jenis ini

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh rod untuk surfcasting, Abu Garcia Abu Viper Match


Trolling (tundaan)

Spesifikasi utk rod trolling adalah lebih kurang sama seperti rod pancingan atas boat (boat rod). Cuma lebih baik kita menggunakan roller guide pada bahagian hujung cincin.
Bot rod yg mempunyai tip yg lembut juga tidak sesuai untuk digunakan kaedah trolling ini kerana akan mengganggu pergerakan atau renangan gewang tundaan

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh rod untuk trolling, Daiwa Saltiga Trolling


Jigging

- Rod jigging kebiasannya adalah sepanjang 5 – 7 kaki
- Ianya juga adalah ringan dan beraksi parabolik untuk keselesaan dan kekuatan untuk jigging
- Main line braided adalah lebih sesuai digunakan untuk kaedah ini

[You must be registered and logged in to see this image.]
Contoh rod untuk jigging, Daiwa Monster Mesh


Aksi

- Aksi merujuk kepada keupayaan rod itu beraksi ketika casting atau ketika pertarungan dengan buruan
- Ia terbahagi kepada kepada joran aksi parabolic, joran aksi menengah dan joran aksi ringan
- Ia juga boleh dijadikan kayu pengukur kepada kekili yang sesuai untuk digunakan dan gewang atau umpan yang sesuai

[You must be registered and logged in to see this image.]
Gambarajah menunjukkan aksi - aksi joran

- Untuk ikan yang kecil, memadailah dengan menggunakan joran aksi ringan, untuk ikan yang lebih besar aksi menengah dan seterusnya.
- Kebiasaanya, pengilang akan mengelaskan rod mereka seperti berikut: ultra-light, light, medium-heavy atau heavy
Berat gewang/Line
- Berat gewang/line juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan rod. Lebih berat gewang/line, maka rod yang lebih panjang dan berat akan anda perlukan


Bahan buatan/Material

[You must be registered and logged in to see this image.]

Kebanyakan rod masa kini diperbuat daripada sama ada grafit atau fiberglass, atau campuran dari kedua – dua bahan ini.



Grafit

- Grafit telah digunakan dalam pembuatan rod pada masa kini bagi menghasilkan rod yang lebih ringan, fleksibel dan lebih sensitif yang membolehkan anda “merasa” bila ikan memakan umpan anda

Fiberglass

- Fiberglass mempunyai ketahanan yang lebih berbanding grafit tetapi tidak mempunyai kesensitifan dan adalah lebih berat dari grafit


Campuran/Komposit
- Komposit merupakan bahan terbaik bagi penghasilan rod, kerana ia mempunyai ciri terbaik dari kedua – dua fiberglass dan grafit. Ia membolehkan rod itu menjadi lebih tahan dan kuat serta ringan, kuat dan sensitif



Grip

1)Pistol grip

- Pistol grip adalah merupakan jenis grip yang paling pendek
- Ianya dibentukkan mengikut kontur tangan dengan suatu picu untuk jari telunjuk
- Picu ini membantu dalam melakukan lontaran yang lebih tepat

2)Triggerstick

- Triggerstick adalah untuk lontaran menggunakan kedua – dua tangan dan lontaran yang lebih jauh, sebagai contoh bagi rod surfcasting

Bahan Grip

- Bahan yang digunakan adalah gabus dan foam EVA

- Gabus digunakan sejak dahulu lagi dan ianya memberikan rasa yang selesa dan pegangan yang lebih kukuh
- Foam EVA memberikan ketahanan yang lebih kerana ia dapat menahan perubahan suhu dan kalis air

Cecincin

- Line guides atau cincin adalah diperbuat daripada plastic, besi ataupun seramik. Cecincin dari jenis seramik adalah merupakan yang terbaik dan paling berkualiti berbanding dengan yang lain. Cecincin ini terletak pada bahagian badan rod untuk mengawal tali pancing
- Pada rod casting, cecincin berada pada bahagian atas rod. Ianya adalah lebih kecil bagi memberikan pengawalan tali yang lebih baik dan memudahkan proses casting dan retrieving
- Bagi rod untuk kekili spinning, cecincin berada pada bahagian bawah rod dan saiznya semakin besar dari hujung rod (tip) ke pangkal rod (base)
- Jumlah cecincin ini adalah ditentukan oleh panjang rod dan juga kualiti rod.
terubuk
terubuk
Major
Major

Posts : 64
Join date : 14/04/2011
Location : Land of the Hornbill

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum